STL Emas Anuar: Putrajaya Cyborg laung amaran untuk cabar tangga teratas liga

0
100
Aksi pemain Putrajaya Cyborg dalam Emas Anuar STL

KUALA LUMPUR – Pasukan yang semakin meningkat naik dalam aksi Liga Premier,
Putrajaya Cyborg mahu terus mengekalkan momentum persembahan terbaik bagi terus mencabar kedudukan teratas liga dalam kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL).

Selepas berakhirnya minggu kelima untuk pusingan kedua pada minggu lalu, pasukan yang berpangkalan di Putrajaya itu kini menghuni di tangga ketiga liga.

Malah, lebih membanggakan apabila pasukan Putrajaya Cyborg yang dilabel sebagai pasukan underdog dalam kejohanan tersebut berkongsi 14 mata bersama pasukan di tangga kedua yang juga juara bertahan iaitu Kuala Lumpur Thunders.

Kedudukan teratas liga masih lagi milik ATM Guardians yang mengumpul 20 mata dengan 10 kemenangan.

Menurut ketua pasukan Putrajaya Cyborg, Suhairi Sulaiman, pasukannya bersyukur selepas berjaya membenamkan satu lagi nama besar di STL iaitu Kelantan Warriors 21-19 21-9 dalam aksi terakhir di Stadium Titiwangsa kelmarin, sebelum venue perlawanan berpindah ke Kelantan pada minggu ini.

“Lupakan minggu ini, yang terbaik telah diberikan oleh setiap pemain dalam pasukan.

“Kita akan teruskan momentum kemenangan pada minggu depan untuk mengekalkan kedudukan yang terbaik,” kata tekong Putrajaya Cyborg itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here