
JAKARTA – Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan melanda kawasan Pasaman Barat- Sumbar, Sumatera di Indonesia hari ini pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut Badan Meterologi, Klimatologi, Geofisika Indonesia (BMKG) gempa bumi itu berlaku pada pukul 9:39 pagi, tadi.
Dalam pada itu, gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya.
Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada.
“Tiada ancaman tsunami. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.