
STOCKHOLM – Sweden mengumumkan membatalkan semua sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan Covid-19 berakhir.
Kerajaan Sweden yang sebelum ini memilih untuk tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik memutuskan untuk membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan Covid-19 percuma.
“Seperti yang kita tahu ini adalah pandemik, semua sekatan berakhir,” kata Menteri Kesihatannya, Lena Hallengren semalam.
Dalam pada itu, Hallengren berkata, Covid-19 juga tidak lagi diklasifikasikan sebagai penyakit berbahaya dalam kalangan komuniti.
Sejak semalam, bar dan restoran di negara itu sekali lagi dibenarkan beroperasi selepas jam 11 malam tanpa had bilangan tetamu. Had kehadiran bagi tempat tertutup lebih besar juga ditarik balik serta penggunaan pas vaksin.
Sweden semalam, mencatatkan 114 kes kematian Covid-19 baharu, menjadikan keseluruhannya 16,182 kes.
Bilangan kematian per kapita jauh lebih tinggi berbanding negara jiran lain, namun lebih rendah daripada kebanyakan negara Eropah lain.