Tea Amo lebar sayap ke Turkiye, bakal buka cawangan pertama di Istanbul

0
74
Coach Fadzil (dua dari kiri) bersama keluarga dan kakitangannya di hadapan Kafe Tea Amo Istanbul

CYBERJAYA – Jenama minuman popular, Tea Amo milik Kumpulan Malakat Eco akan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan cawangan pertamanya di Istanbul, Turkiye dalam masa terdekat ini.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim, untuk pasaran antarabangsa, pihaknya menampilkan kelainan dengan menerapkan konsep restoran makanan segera.

“Kita sasarkan lagi seminggu untuk pra pembukaan Tea Amo Cafe Istanbul di sini.

“Untuk kali ini Tea Amo di sini akan bawa konsep seperti Starbuck yang mana turut menyajikan makanan. Kita akan bawa makanan cuisene antarabangsa bagi melengkapkan Tea Amo, sebab orang datang tak kan nak minum saja, jadi kita buat macam konsep Starbuck,” katanya yang kini berada di Istanbul untuk urusan perniagaan.

Kafe Tea Amo Istanbul yang dalam hampir siap kerja-kerja renovasi

Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, bagi memberikan pengalaman istimewa kepada pelanggan di Turkiye, pihaknya turut membawa cef terbaik dunia iaitu Chef Mohd Azizan Shukri untuk menyediakan hidangan tersebut.

Beliau berkata, Chef Azizan bukan nama asing dalam dunia masakan dan kulinari apabila tersenarai dalam kelompok 50 chef terhebat dunia.

Sementara itu, Coach Fadzil berkata, beliau yakin jenama Tea Amo akan mendapat sambutan di Turkiye memandangkan hidangan minuman teh boba masih baharu di negara tersebut.

Malah, katanya, di seluruh Turkiye hanya terdapat lima kedai yang menyediakan air minuman jenis tersebut.

Chef Azizan tersenarai dalam kelompok 50 tukang masak terbaik dunia

“Saya sebenarnya bukan nak bawa Tea Amo (ke Turkiye) sebab nak fokus kepada Brainy Bunch tapi projek ini sambil-sambil saja sebab tak susah nak buka.

“Dan di Turkiye buble tea masih baru, kalau di seluruh Turkiye hanya ada lima kedai yang tawarkan buble tea, standard tak sama dengan di Malaysia sebab itu kita rasa ada peluang di sini,” ujarnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, katanya, pihaknya juga telah mendapat permintaan rakan perniagaan di bandar Bursa untuk membuka kafe Tea Amo di kota yang terletak di barat laut Anatolia itu.

Selain itu, katanya, sebuah kafe Tea Amo juga akan dibuka di taman tema Transtudio Bandung, Indonesia.

Beliau berkata, kafe Tea Amo itu yang pertama akan dibuka di Indonesia dan dijangka dapat beroperasi pada hujung bulan ini.

“Doakan kami diberi kejayaan dan doakan kita berjaya bawa bendera dan jenama kita ni untuk bagi manfaat dalam melahirkan ramai usahawan muda dan membuka peluang team kita di Malaysia untuk expand perniagaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here