Tempoh buka akaun TH dilanjutkan sehingga Mac

0
25
Datuk Idris Ahmad

MELAKA – Tempoh pembukaan akaun Tabung Haji (TH) bagi jemaah umrah yang alami kerugian sepanjang penangguhan sementara ibadah yang sepatutnya berakhir Jumaat ini dilanjutkan sehingga Mac depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata, bagi membolehkan hampir 1,000 jemaah umrah yang masih belum membuka akaun Tabung Haji, untuk berbuat demikian.

“Kita harapkan mereka dapat buka (akaun) segera dan saya telah mengarahkan kepada pihak TH supaya memberitahu semua pejabat cawangan Tabung Haji supaya segerakan dan permudahkan segala urusan,” katanya.

Sebelum ini, Idris memaklumkan jemaah umrah yang terpaksa membatalkan perjalanan ke Mekah susulan penularan varian Omicron akan menerima sagu hati berjumlah RM1,671 pada 18 Februar ini.

Bayaran itu akan dikreditkan ke akaun simpanan TH penerima setelah dipersetujui dalam mesyuarat beberapa kementerian sebelum ini.

Idris berkata, seramai 8,027 jemaah umrah yang terkesan layak menerima ganti rugi itu namun hampir 1,000 dikesan belum mempunyai akaun simpanan TH.

Mengulas lanjut ujarnya, jemaah terbabit hanya perlu membawa kad pengenalan untuk membuka akaun Tabung Haji bagi tujuan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here