Terap kebertanggungjawaban guna Internet, media sosial

0
18
Ismail Sabri Yaakob.

CYBERJAYA – Kemajuan Internet dan komunikasi melalui media sosial perlu diterap bersama sikap kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan orang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam mengadaptasi teknologi itu dalam kehidupan seharian seluruh anggota Keluarga Malaysia perlu mengambil kira soal adap dan etika pengunaannya.

“Sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia yang bertemakan K.I.T.A Siber, saya menyeru kepada Keluarga Malaysia supaya terus memupuk sikap kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Malah menurut beliau, Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan untuk membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber agar ancaman dan jenayah siber dapat ditangani.

“Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakkan ahli Keluarga Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan mereka.

“Keadaan ini menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi dan sosial, norma baharu.

“Namun, situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa dalam untuk menjaga adab dan etika walaupun dalam dunia siber,”

Tambah Perdana Menteri lagi, teknologi digital banyak membantu serta melancarkan aktiviti, namun, penyalahgunaan teknologi masih berlaku termasuklah dalam penggunaan Internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga muncul pelbagai jenis ancaman serta jenayah siber.

Malah menurut beliau, penting bagi mewujudkan persekitaran siber yang positif dan sejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here