TM hanya penyewa, bukan pemilik hartanah

0
44

CYBERJAYA – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menjelaskan mereka tidak terlibat dalam penjualan Menara TM di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur kerana mereka bukanlah pemilik bangunan tersebut.

Sebaliknya, kata TM dalam satu kenyataan, mereka hanyalah penyewa kepada hartanah milik Menara ABS Bhd. itu.

“Syarikat kini dalam proses menempatkan semula sebahagian besar daripada pejabat korporat TM di hartanah miliknya, termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta di Cyberjaya.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengoptimuman syarikat bagi mempertingkat kecekapan dan ketangkasan selain selaras dengan persekitaran kerja secara hibrid,” kata TM dalam satu kenyataan hari ini.

Menara TM yang disifatkan sebagai ikonik itu kini ditawarkan di pasaran pada harga yang tidak didedahkan jumlahnya.

Iklan yang disiarkan oleh The StarBiz hari ini menyatakan bahawa penjualan Menara TM itu dijalankan secara pernyataan minat dan tarikh tutup bagi jualan peringkat pertama ditetapkan pada 12 tengah hari, 18 Mac, 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here