Tunjuk kesatuan sokongan dalam bina ekonomi bangsa

0
23
Mahmud Hishamuddin

CYBERJAYA – Orang Melayu perlu menunjukkan kesatuan dalam menyokong individu atau kumpulan yang berusaha meningkatkan kuasa ekonomi golongan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mahmud Hishamuddin berkata, pembelian semata-mata tidak memadai tetapi juga sokongan dari segi menyebarkan maklumat dan informasi.

“Kita perlu akui, kemampuan kita sebagai orang Melayu sudah agak terkebelakang dalam pelbagai segi.

“Jadi, apabila ada pihak ataupun individu yang mahu memperjuangkan ekonomi orang kita, kita perlu tunjukkan sokongan,” kata Mahmud.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Selawat dan Munajat di Malakat Mall disini malam tadi.

Beliau menyeru pihak yang mempunyai kemampuan kewangan supaya menyokong dari segi melakukan pembelian, dan bagi yang tidak mampu, sekurang-kurangnya menyebarkan usaha pembinaan ekonomi itu menerusi media sosial.

“Itulah usaha kita, dalam membina kembali kuasa ekonomi yang kita cari.

“Pada yang mampu, mungkin boleh laksanakan pembelian runcit dan secara borong.

“Bagi yang tidak mampu, saya menyeru supaya sebarkan di media sosial mengenai usaha ini, supaya lebih ramai lagi orang tahu apa yang sedang kita cuba laksanakan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here