
CYBERJAYA – Aktivis masyarakat yang popular dengan gelaran Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng disahkan positif Covid-19 semalam.
Chee Heng dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, dia telah disahkan positif dan dimasukkan ke wad di Hospital Serdang untuk menerima rawatan kategori 4.
“Maaf, telefon saya akan dimatikan selama tujuh hari,” katanya sambil memaklumkan pejabatnya juga ditutup selama empat hari.
Bagaimanapun orang ramai yang mahu mendapatkan khidmat ambulan masih boleh menghubungi talian 011-55052148 atau 012-2423360 untuk bantuan berkaitan Covid-19.
“Kami juga menyediakan dua buah ambulan sebagai persediaan peningkatan kes Covid-19.
Pemerhatian Malakat Tribune mendapati hantaran beliau menerima komen dari rakyat negara ini yang mendoakan kesihatannya.
Dalam satu lagi hantara pada pagi ini, Chee Heng memaklumkan keadaan kesihatannya sudah kembali pulih dengan demam dan batuk yang ringan.
Beliau juga megucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakanya selain menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP.
“Jaga diri. Jangan terlalu berseronok. Pakai pelitup muka sepanjang masa. Tolonglah,” katanya.