VTL laluan udara, darat Malaysia-Singapura dibuka semula serta-merta

0
20

CYBERJAYA – Inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura dibuka semula berkuatkuasa serta- merta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tiada had pada kapasiti namun memaklumkan perjalanan bas hanya boleh disambung semula mulai 22 Feb.

“Ia dibuka semula sepenuhnya, 100 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan, berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini juga adalah berdasarkan penilaian risiko semasa dan persetujuan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berkaitan VTL melalui udara, Wee berkata, Malaysia dan Singapura sedang mengadakan perbincangan lanjut bagi memperluaskan laluan VTL udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi.

Katanya, kementerian melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan kemudahan ujian saringan Covid-19 dan kemudahan yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak.

Menurutnya, inisiatif VTL berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan seterusnya membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara.

“Sehingga 14 Feb 2022, seramai 171,583 pengembara dari Singapura memanfaatkan inisiatif ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here