Wanita UMNO gesa 30 peratus calon wanita bertanding PRN Johor

0
15
Datuk Norshida Ibrahim

CYBERJAYA – Pergerakan Wanita UMNO menggesa supaya kuota sebanyak 30 peratus calon daripada golongan itu diperuntukkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim, pada masa sama, pihaknya juga berharap isu kebajikan dan pemerkasaan wanita akan menjadi salah satu aspek utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN)

“Jika bercakap tentang calon ia merupakan isu yang amat sangat sensitif. Segalanya mungkin terjadi, setiap pilihan ada risiko dalam keadaan politik hari ini.

“Sebagai pemimpin Wanita, saya tetap konsisten dengan perjuangan 30 peratus calon wanita,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, Norshida juga menggesa supaya calon yang dipilih nanti benar-benar menepati ciri-ciri ‘WALI’ atau winnable, acceptable dan likeable seperti yang digariskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Selain itu katanya, manifesto yang akan ditawarkan oleh BN juga bakal menjadi penentu tahap sokongan pengundi.

“Walau sebenarnya BN telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai teraju kerajaan Johor tetapi tawaran manifesto juga bakal dijadikan aspek penilaian untuk pengundi.

“Datuk Hasni selaku Pengerusi BN yang biasanya sinonim dengan IKHTIAR pasti tidak akan meninggalkan segala aspek dan lapisan masyarakat. Saya sangat berharap kebajikan dan pemerkasaaan wanita negeri Johor akan menjadi salah satu IKHTIAR utama BN dalam manifesto.

“Wanita adalah nyawa dab penggerak bukan sahaja kepada sesebuah parti tetapi juga ekonomi negeri. Maka jika ditinggalkan aspek pemerkasaan wanita ini, ia umpama tiada bernyawa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here