Wisma Putra nafi kedutaan tiada SOP evakuasi

0
4
Kumpulan rakyat Malaysia yang berjaya keluar dari Ukraine melalui laluan darat ketika tiba di Poland, pagi tadi.

CYBERJAYA – Dakwaan bahawa diplomat Malaysia di Ukraine terpaksa melarikan diri akibat ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama sekali tidak berasas.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, sepertimana kedutaan-kedutaan besar Malaysia yang lain, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev mempunyai pelan evakuasi yang sedia diaktifkan sekiranya perlu.

“Dakwaan seperti pegawai kedutaan melarikan diri, SOP evakuasi dan sebagainya, yang telah dimuatkan dalam laporan media dan media sosial adalah sama sekali tidak benar,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra turut menjelaskan, kenapa proses evakuasi yang digunakan melibatkan penggunaan empat buat kereta, dengan dua daripadanya milik kedutaan.

“Penggunaan kenderaan kecil dan bukannya bas, telah mengambil kira bilangan yang terlibat dalam misi ini dan juga bagi memudahkan pergerakan serta menjaga keselamatan sepanjang perjalanan,” kata kenyataan itu lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here