11 negeri dijangka dilanda hujan lebat bersama ribut petir, angin kencang

0
126
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Hujan lebat dengan ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri malam ini hingga pukul 2 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, katanya, beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan juga terlibat.

“Lokasi di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor dan Gombak); Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor dinSegamat.

“Di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang; Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat dan Sandakan di Telupid,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan selepas terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here