
DALAM Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Barisan Nasional (BN) menang dengan 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Di PRN Johor, BN baru sahaja melepasi “simple majority” untuk membentuk kerajaan negeri Johor.
Secara tidak rasmi, BN mungkin menang lebih 40 kerusi di PRN Johor. Dalam dua PRN ini, jelas membuktikan rakyat mulai menerima semula BN atas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dasar dan pendekatan yang dibuat oleh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri memberi impak di Melaka dan Johor. Pendekatan “Keluarga Malaysia” telah mengeratkan lagi perpaduan, suasana harmoni dan kestabilan antara kaum di negara ini.
Menerusi pendekatan “Keluarga Malaysia” ini, kebajikan dan keperluan rakyat diutamakan. Perdana Menteri terus mengutamakan soal pekerjaan rakyat, kestabilan harga barang dan membina kembali kehidupan rakyat selepas pandemik Covid-19.
Ismail Sabri mempermudahkan bantuan kepada mangsa banjir. Mempermudahkan urusan untuk pembeli rumah, tanpa slip gaji pun boleh memiliki rumah. Apa yang lebih penting, sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, kadar pengangguran di Malaysia telah berjaya dikurangkan dengan banyak sekali.
Pakatan Harapan (PH) seolah kering dan kontang isu bila banyak isu-isu rakyat telah berjaya diatasi di peringkat Kerajaan Pusat oleh Perdana Menteri. Tiada isu besar berjaya dimainkan sama ada oleh pihak PH, MUDA, Pejuang dan parti-parti lain.
Tiada lagi PKP, semua rakyat bergerak bebas menjalankan aktiviti mereka ketika era Ismail Sabri menjadi PM. Terbaharu, sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini.
Terima kasih Perdana Menteri. Rakyat tahu bila Perdana Menteri daripada BN, banyak manfaat yang rakyat boleh perolehi. Sebab itulah rakyat mahu kerajaan negeri yang selari di peringkat negeri dan pusat, agar banyak dasar yang baik untuk rakyat dapat dilaksanakan.
Oleh Rakyat Marhaen
PENAFIAN: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune