2 lelaki maut, kereta langgar lori buat U-turn

0
40
Kereta dinaiki mangsa terperosok bawah lori yang membuat pusingan U

KLANG – Dua orang lelaki maut selepas kereta dinaiki melanggar sebuah lori yang membuat pusingan U berhampiran balai polis Bukit Raja di sini pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa dikenali Andrew Cheng, 20, dan Chee Wai Loo, 22 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.29 pagi dan tiba enam minit kemudian.

“Akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza telah terperosok masuk di bawah lori tersebut.

“Bomba mengambil masa lebih sejam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan jengkaut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera parah kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemandu lori tidak dapat dikesan dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here