32,467 kes Covid-19, angka tertinggi direkodkan Malaysia

0
22
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes baharu jangkitan Covid-19 kembali merekodkan paras tertinggi dengan 32,467 kes baharu dilaporkan setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,528,557 kes.

Beliau berkata, kes sembuh pula sebanyak 27,629 kes.

“Daripada jumlah itu kes import adalah sebanyak 413 kes dengan melibatkan 355 warganegara dan 58 bukan warganegara manakala kes tempatan pula sebanyak 32,054 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 335 kes (145 kes disahkan Covid-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan

“Kes memerlukan bantuan pernafasan: 208 kes (82 kes disahkan Covid-19; 126 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, daripada keseluruhan kes yang dilaporkan itu sebanyak 231 kes adalah kategori 3, 4, dan 5.

Beliau berkata, sebanyak 32,236 kes atau 99.29 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Katanya, daripada 231 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan sebanyak 60 kes atau 25.98 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 115 kes atau 49.78 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 56 kes 24.24 peratus telah menerima dos penggalak.

Selain itu, sebanyak 127 kes atau 54.98 peratus kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas dan 74 kes mempunyai komorbid dan satu kes melibatkan ibu mengandung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here