5,477 jawatan kosong guru akan diisi dengan segera

0
144
Dr. Radzi Jidin

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin memberi jaminan 5,477 kekosongan jawatan guru di seluruh negara akan diisi segera.

Buat masa ini kata beliau, kerajaan sedang meneliti beberapa pertimbangan sebelum
pengisian jawatan tersebut dilakukan.

“Kita sedang ikhtiarkan bersama dengan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) supaya diisi segera tetapi ada beberapa kesukaran dan komponen yang kita sedang teliti.

“Kita juga sedang usahakan supaya yang mana kita dapat selesaikan dahulu, kita selesaikan dahulu,” katanya selepas Program Penyerahan Peranti Pendidikan Digital AEON Sayap Bagimu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang di Langkawi, semalam.

Dr. Radzi berkata, sebelum ini terdapat sebanyak 18,702 kekosongan jawatan guru dengan sejumlah 13,225 daripadanya telah diisi sejak Disember tahun lalu.

Sementara itu, katanya, pengambilan secara one-off itu memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan sebelum dibuka kepada calon lain.

Katanya, kementerian akan membuka pengambilan kepada graduan yang tiada ikhtisas pendidikan selepas penempatan graduan ikhtisas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here