65.3 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

0
3
Gambar hiasan Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Data daripada laman web COVIDNOW menunjukkan jumlah populasi dewasa negara yang telah menerima suntikan dos penggalak setakat ini berjumlah 65.3 peratus bersamaan 15,357,069 individu.

Sumber maklumat yang sama juga menyatakan sebanyak 22,937,707 orang atau 97.5 peratus daripada kategori yang sama sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 23,213,875 orang atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun, seramai 1,197,667 individu atau 33.7 peratus sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Manakala bagi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun, sebanyak 2,839,254 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,938,900 orang atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan kepada rakyat negara ini sebanyak 68,275,177 dos.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Twitternya hari ini menggesa orang ramai supaya segera mendapatkan dos penggalak sebagai perlindungan diri daripada wabak Covid-19.

Katanya, dos penggalak adalah cara terbaik bagi melindungi daripada kesan teruk jangkitan Covid-19 seperti kematian, khususnya bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas serta golongan komorbid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here