Ahmad Khuzaimi Piee ganti Syahmi Safari

0
117
Ahmad Khuzaimi Piee

CYBERJAYA- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menempatkan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee dalam pertemuan pasukan kebangsaan menentang Singapura minggu hadapan.

Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata pemilihan pemain yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia itu adalah bagi menggantikan Syahmi Safari yang menarik diri selepas menerima cahaya mata baru-baru ini.

“Perancangan asal kami ialah menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi yang sama, iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali, menolak pelawaan.

“Atas sebab taktikal, pengurusan pasukan kebangsaan memberi peluang kepada Ahmad Khuzaimi membuktikan kemampuan sebagai pemain bek tengah berkaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan Harimau Malaya dijadualkan bertemu dengan pasukan Filipina dan Singapura dalam perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di negara jiran itu.

Sementara itu, Pan Gon mewakili pengurusan pasukan kebangsaan mengucapkan
tahniah kepada Syahmi atas kelahiran bayi kembar tiganya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here