Amerika, Britain dakwa Rusia akan mulakan perang biologi

0
32
Jen Psaki

LONDON – Amerika Syarikat (AS) dan Britain mendakwa tuduhan Rusia mengenai pembangunan senjata biologi oleh AS di Ukraine sebagai alasan untuk negara itu memulakan penggunaan senjata kimia.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, dakwaan tidak berasas ke atas AS itu dilihat sebagai propaganda Rusia memulakan tindakan ketenteraan yang lebih agresif dalam pencerobohan di Ukraine.

“Rusia telah memulakan dakwaan palsu terhadap AS di Ukraine dan China dilihat turut sama menyokong propaganda tersebut.

“Dunia perlu berhati-hati atas kemungkinan Rusia akan melancarkan serangan menggunakan senjata biologi atau kimia mereka,” katanya dalam ciapan di Twiternya.

Kenyataan Psaki itu dibuat selepas desas-desus jurucakap Barat yang menilai kemungkinan Rusia menggunakan senjata kimia seperti yang digunakan semasa perang di Syiria.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakarova baru-baru ini membuat pengumuman mendakwa pihaknya mempunyai bukti mengenai penglibatan AS dalam pembangunan senjata biologi di Ukraine antaranya virus demam kolera dan antraks.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia juga mendakwa terdapat bukti-bukti pejuang Ukraine yang mula melakukan provokasi mendakwa penggunaan senjata kimia oleh Rusia di sebuah perkampung di Kharkiv.

Sebelum ini, Barat turut mendakwa Rusia mula menggunakan bom vakum dalam serangan di Mariupol yang menyebabkan kesan lebih besar dan temoh letupan lebih lama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here