Amerika tuduh Rusia mula dapatkan bantuan ketenteraan dari China

0
36
Gambar hiasan

ROM – Amerika Syarikat didakwa menuduh Rusia mula mendapatkan sokongan ekonomi dan bantuan ketenteraan dari China dalam membantu peperangan dengan Ukraine.

Dakwaan itu dibuat Amerika bersama-sama amaran kepada China supaya tidak campur tangan dalam pencerobohan Rusian ke atas Ukraine.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned Price baru-baru ini mendakwa China menyatakan kesediaan untuk memberikan bantuan kepada Rusia.

Amerika yang merupakan pasaran terbesar produk China juga mengugut akan memulakan sekatan ekonomi kepada China sekiranya mencampuri peperangan di Rusia dengan Ukraine.

Dalam kenyataannya, Price memberi amaran kepada China bahawa Amerika tidak akan berdiam diri sekiranya negara berkenaan mencampuri peperangan Rusia-Ukraine.

Dakwaan yang berbaur propaganda itu bagaimanapun dinafikan oleh Rusia yang menafikan perkara itu kerana tidak memerlukan sokongan ketenteraan dari luar untuk mencapai matlamat di Ukraine.

“Rusia memiliki keupayaan sendiri untuk meneruskan operasi. Seperti yang kami katakan, ia berjalan seperti dirancang dan akan selesai seperti dijadualkan secara penuh,” kata jurucakap Presiden Vladimir Putin, Dmitry Reskov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here