Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung DAP, Guan Eng Pengerusi Kebangsaan

0
21

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook hari ini dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.

Anthony, yang juga bekas Menteri Pengangkutan ketika Pakatan Harapan membentuk kerajaan, dilantik ke jawatan itu susulan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang menang dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Mesyuarat turut melantik Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.

“Pemilihan kepimpinan DAP hari ini merupakan (satu) fasa baharu.

“Ini adalah era kepimpinan generasi ketiga dalam DAP yang akan membawa parti ke era yang gemilang dan bersifat inklusif,” kata Anthony.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang hari ini mengumumkan persaraannya daripada arena politik, dipilih sebagai Mentor Parti.

Seramai 93 calon bertanding dengan hanya 30 terpilih menganggotai CEC yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menjadi ahli berbangsa Melayu tunggal yang dipilih menganggotai CEC bagi sesi 2022-2025.

Beliau yang menerima 991 undi berada di kedudukan ke-24 daripada keseluruhan 93 calon yang bertanding.

Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) semalam, beliau turut menang jawatan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan apabila meraih 212 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here