Anwar keliru tuduh kerajaan tidak mahu buka sempadan sebelum PRN Johor

0
15
Khairy Jamaluddin

PAGOH – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan untuk membuka semula pintu sempadan negara pada 1 April dan tidak sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan Ketua Pembangkang itu kurang peka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tohmahan yang dilemparkan untuk menuduh kerajaan cuba menghalang kepulangan pengundi langsung tidak berasas kerana keputusan untuk membuka pintu sempadan negeri itu memerlukan kerjasama dari Singapura.

“Ada kenyataan daripada pembangkang semalam yang mempersoalkan kenapa sempadan tidak dibuka sebelum PRN.

“Perkara ini memerlukan persetujuan kedua-dua negara. Kalau kita sahaja buka sempadan, mereka (Singapura) tidak, tidak guna juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi walkabout bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Ismail Mohamad di FELCRA Bukit Kepong, hari ini.

Semalam, Anwar membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak sepatutnya membuka pintu sempadan hanya selepas PRN yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Dalam dakwaan itu juga, Anwar menuduh Perdana Menteri, Datru Seri Ismail Sabri Yaakob tidak yakin kepada pengundi luar untuk memilih Barisan Nasional (DN) dalam PRN Johor.

Katanya, tiada beza sekiranya kerajaan membuka pintu sempadan seminggu lebih awal berbanding selepas 1 April ini.

Khairy berkata, tuduhan Anwar itu jelas membuktikannya tidak memahami bahawa keputusan untuk pembukaan sempadan Malaysia-Singapura memerlukan persetujuan kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here