Arab Saudi mansuhkan semua sekatan berkaitan Covid-19 kepada pengunjung

0
13
Mekah

RIYADH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan untuk memansuhkan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi, memetik laporan Bernama.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar pelalian mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here