
WASHINGTON – Amerika Syarikat meluluskan bantuan berjumlah USD13.6 bilion (RM56.94 bilion) kepada Ukraine dan negara sekutunya di Eropah.
Laporan portal The Guardian menyebut, setelah diluluskan oleh anggota Dewan Perwakilan, bantuan itu masih perlu diluluskan oleh Dewan Senat.
Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi berkata,”Ketika ini, sedang berlaku peperangan di Ukraine. Apa yang kita lakukan sekarang adalah amat penting.”
Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) berkata, lebih 2 juta pelarian telah meninggalkan Ukraine sejak konflik bersenjata dengan Rusia bermula 15 hari lalu.
Semalam sahaja, kata UNHCR, sekurang-kurangnya 35,000 penduduk berjaya dipindahkan dari wilayah yang diserang.
“Kita berharap, perpindahan lebih ramai pelarian dapat dilaksanakan hari ini, dengan pembukaan laluan selamat di Mariupol, Volnovakha dan Izium,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.