
SYDNEY – Australia hari ini menamakan keseluruhan organisasi Hamas sebagai kumpulan pengganas.
Laporan Reuters menyebut, langkah itu diambil bagi menyekat fahaman politik organisasi tersebut, selari dengan sekutunya Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Britain.
Sebelum ini, Australia telahpun melabel sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzudin al-Qassam sebagai ‘pengganas’.
Langkah ini secara langsung menyekat mana-mana organisasi tempatan daripada memberi sebarang bentuk sokongan, sama ada kewangan, sokongan politik dan bantuan kemanusian kepada Hamas.
“Ideologi kebencian yang dibawa oleh kumpulan pengganas dan pendokong mereka tidak mempunyai tempat di Australia,” kata Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews dalam satu kenyataan.
“Undang-undang kami yang ketat bukan sahaja menyasarkan pengganas dan tindakan mereka, tetapi juga organisasi yang merancang, menbiayai dan melancarkan tindakan keganasan,” kata kenyataan itu lagi.