Bantuan suami beristeri lebih dari satu berita palsu

0
751
Tangkap layar berita palsu mengenai bantuan kerajaan kepada suami yang beristeri lebih dari satu yang tular hari ini.

CYBERJAYA – Bantuan bulanan sebanyak RM2,000 kepada suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri adalah tidak benar.

Tangkap layar ‘berita’ yang tular pada petang ini dinafikan oleh TV3 di dalam satu kenyataan di akaun media sosial stesen televisyen tersebut.

Pihak Buletin TV3 dalam hantaran di Instagramnya berkata, berita mengenai pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan logo Buletin TV3.

“Satu hantaran yang disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menulis “Bermula 1 Mei 2022 bantuan bulanan RM2000 kepada suami yang punyai lebih dari seorang isteri” adalah TIDAK dilaporkan oleh pihak kami.

“Kami menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih serta menyemak sebarang maklumat yang diterima,” katanya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang menyifatkan bantuan itu sesuatu yang tidak masuk akal.

“Tu la aku baca kat tiktok. Ko dh kahwin lebih 1 tu maksud nya ko mampu lah kan dari segi ekonomi dan mental. Apa pulak kerajaan nak bagi bantuan. Baik bagi bantuan kat ibu tunggal,” ujar Farahelvi.co

“Yang edit berita palsu ni mesti spesis dah kawen dua lepas tu tak mampu nak tanggung bini. Lemah!,” komen Nanafadilaa

“Makin ramailah yang nak tambah bini kalau camni🤣,” kata Yasmin-nurr37

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here