Bekas ADUN Rembia meninggal dunia akibat kanser

0
37
Norpipah Abdol

CYBERJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia pada jam 3.42 pagi tadi.

Allahyarhamah Norpipah yang juga bekas EXCO Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Berita pemergian Allahyarhamah turut disahkan oleh ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan menerusi catatan Facebook miliknya pagi tadi.

Menurut Fairul Nizam, Allahyarhamah menderita kanser serviks dan disahkan positif ketika menerima rawatan di institut berkenaan.

Norpipah adalah ADUN Rembia selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, namun digugurkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15.

Allahyarhamah pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Melaka.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here