Bergaduh dua jiran, kes diklasifikasi tiada tindakan lanjut – Polis

0
263
Tangkap layar pergaduhan dua individu di Klang yang tular di media sosial

KLANG – Hanya disebabkan menegur anak jiran bermain bola sehingga terjatuh ke atas bumbung rumah menjadi punca dua individu yang berjiran bergaduh.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya mendapati satu video mengenai pergaduhan itu tular di media sosial kelmarin melibatkan dua lelaki itu yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman di sini

Beliau berkata, polis sudah menerima laporan yang dibuat kedua-dua pihak berkenaan.

“Kejadian itu berpunca akibat pihak pertama menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya.

“Bola itu kemudian terjatuh ke bumbung tersebut dan mengakibatkan sedikit kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya, pihaknya turut sudah memanggil kedua-dua pihak ke balai polis untuk direkodkan keterangan dan mereka bersetuju menyelesaikan perselisihan faham itu dengan cara baik.

“Kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL),” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here