Brainy Bunch tawar promosi istimewa sempena pembukaan Brainy Bunch International School Kuala Lumpur

0
85
Coach Fadzil bersama pegawai dan kakitangan Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch melawat BBISKL hari ini

KUALA LUMPUR – Brainy Bunch meraikan pembukaan sekolah antarabangsa baharu miliknya di ibu negara dengan menawarkan promosi potongan harga yuran istimewa untuk murid belajar dari peringkat tadika hingga tamat pengajian di peringkat menengah di sekolah berkenaan.

Menurut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, promosi itu terhad sehingga Mei ini sahaja sempena pembukaan Brainy Bunch International School Kuala Lumpur (BBISKL) pada 1 Jun ini.

“Secara purata sekiranya anda menghantar anak ke sekolah antarabangsa, anda akan membelanjakan sekitar RM500,000 dari tadika sehingga umur 17 tahun tetapi di BBISKL hanya sekitar 300,000 sahaja.

“Untuk hari ini saya ingin tawarkan kepada ibu bapa yang nak hantar boleh daftar dengan bayaran hanya RM100,000 sahaja merangkumi yuran pelajar.

“Promosi ini terhad sehingga hujung bulan Mei sahaja. Ini merupakan tawaran istimewa yang ibu bapa boleh ambil peluang,” katanya kepada Malakat Tribune ketika melakukan lawatan ke BBISKL hari ini.

Coach Fadzil sujud syukur selepas pertama kali melawat bangunan BBISKL di sini

Dalam pada itu, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sekolah tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menempatkan ruang pembelajaran seperti bilik kelas, audiotorium, bilik seni dan kemudahan aktiviti luar seperti padang bola, kolam renang dan gelanggang bola keranjang.

Antara fasiliti yang terdapat di BBISKL

Katanya lagi, sekolah tersebut mampu menampung kapasiti sebanyak 1,500 hingga 2,000 pelajar dalam satu-satu masa.

Coach Fadzil bersama pasukannya bergambar kenangan di bahagian hadapan BBISKL

Bagaimanapun, katanya, untuk tahun pertama ini, pihaknya menyasarkan kemasukan sebanyak 500 pelajar.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, pada masa sekarang kerja-kerja pembersihan dan pengubahsuaian sedang giat dilakukan di tapak sekolah yang seluas 8.4 ekar itu.

Coach Fadzil bersama pasukannya bergambar kenangan di bahagian atas bumbung bangunan BBISKL

Coach Fadzil berkata, bagi mendapatkan keberkatan, satu program munajat, solat hajat perdana dan maulid akan dianjurkan sebelum bulan Ramadan ini di tapak sekolah itu.

Sementara itu, katanya, sempena pembukaan sekolah itu juga pihaknya menawarkan program pemilikan bersama untuk ibu bapa yang menghantar anak mereka ke BBISKL.

“Kita juga menawarkan kepada ibu bapa untuk menjadi owner bersama BBISKL melalui platform crowd funding.

“Dengan itu mereka boleh menjadi owner BBISKL. Keistimewaan dia whatever they made profits then you’ll get the money. Business international school sangat menguntungkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here