Calon pembangkang menang pilihan raya presiden Korea Selatan

0
18
Yoon Suk-yeol

SEOUL – Calon parti pembangkang, Yoon Suk-yeol dipilih sebagai presiden baharu Korea Selatan dalam saingan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara itu.

Setelah 99.99 peratus undi dikira, Suk-yeol yang mewakili Parti Kuasa Rakyat (PPP) berjaya mendapat 48.46 peratus undi manakala lawannnya dari Parti Demokrat (DP), Lee Jae-myung memperoleh 47.82 peratus undi, kata agensi berita Yonhap.

“Kita, rakyat Korea Selatan, adalah satu. Tidak kira wilayah atau kelas masyarakat, kita semua adalah sama, dan perlu dilayan dengan adil.

“Bagi saya, perpaduan negara adalah keutamaan,” kata Suk-yeol ketika menyampaikan ucapannya di Perwakilan Negara, hari ini.

Sementara itu, Jae-myung yang menyandang jawatan itu sebelum ini berkata, beliau menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan mengucapkan tahniah kepada Suk-yeol.

“Persaingan sudah tamat. Kini kita perlu bekerjasama demi rakyat dan negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here