Cepat rebut peluang, hanya 10 tapak bazar sahaja tinggal – Malakat Mall

0
31
Ruang bazar yang ditawarkan kepada usahawan

CYBERJAYA- Penganjuran bazar Ramadan sempena bulan puasa tahun ini akan diteruskan dengan peniaga boleh mendapatkan tapak berniaga di Mubarak Street yang bertempat di Malakat Mall.

Menurut Malakat Mall dalam satu kenyataan, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakan dan sehingga ke hari ini hanya tinggal 10 tapak kosong bagi mereka yang mahu membuka gerai di Mubarak Street

“Pada tahun ini Malakat Mall menyediakan empat slot bazar yang merangkumi jualan juadah berbuka puasa, juadah moreh, pakaian dan perkakas rumah serta jualan juadah sahur.

“Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur seperti surau, tandas yang selesa serta rondaan kawalan keselamatan yang akan dilakukan pada setiap malam,” katanya di laman Facebook mereka hari ini.

Dalam pada itu, aktiviti seperti tarawih berjemaah, usrah, busker, tadarus al-Quran, dan agihan bubur lambuk juga akan diadakan sepanjang bulan puasa ini di Malakat Mall bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Penganjuran bazar Ramadan ini merupakan antara usaha yang dilakukan oleh Malakat Mall untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menjual produk mereka dengan bayaran tapak yang murah dan berbaloi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here