Champion Cup STL: KL Thunder tetap waspada ancaman NS Antlers dalam aksi separuh akhir

0
85
Pasukan KL Thunder

JOHOR BAHRU – Meskipun diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai Champion Cup STL, pasukan KL Thunder tetap berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan oleh Negeri Sembilan Antlers dalam aksi separuh akhir malam ini.

Menurut ketua jurulatih KL Thunder, Mohd Rashidi Nordin, pihaknya menyasarkan untuk layak ke perlawanan akhir Champion Cup STL sekali gus mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu itu.

“Untuk perlawanan separuh akhir menentang NS Antlers malam ini, KL Thunder akan menajamkan lagi bahagian serangan dan tidak memandang rendah keupayaan pemain lawan yang mempunyai pertahanan baik.

“Pemain yang akan diturunkan pada perlawanan ini akan diputuskan petang ini bersama pengurusan, akan tetapi ramai peminat mahu lihat kelibat Syahir Rosdi dan Azlan Alias,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Selain KL Thunder dan NS Antlers, satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan pasukan Melaka Titan dan Johor Tigris.

Sementara itu, ditanya pasukan pilihannya untuk bertemu di pentas akhir, Mohd Rashidi berkata, dia melihat kelebihan terdapat pada pasukan Melaka Titan.

Katanya, ia selepas pasukan dari selatan tanah air itu kehilangan kapten pasukan Mohd Muqlis Burhan dalam aksi bertemu ATM Guardian dalam Kumpulan A baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here