Champion Cup STL: KPT-Masum Knights mahu jadikan Negeri Sembilan Antlers mangsa pertama

0
298
Mohamad Razizi Midin

JOHOR BAHRU – Pasukan KPT-Masum Knights yang pertama kali menyertai kejohanan Champion Cup STL musim ini bersedia menebus kehampaan selepas tewas dalam aksi pertama bertemu ATM Guardians semalam.

Menurut pengurus pasukan, Mohamad Razizi Midin, pasukannya bersedia menjadikan pasukan Negeri Sembilan Antlers sebagai mangsa pertama.

“Persediaan untuk hari ini, KPT-Masum Knight telah melakukan post moterm pada kekalahan semalam dan melakukan analisis pada pasukan lawan yang akan kita tentang hari ini iaitu Negeri Sembilan Antlers.

“Strategi kita ialah untuk fokus pada pertahanan dan kawalan gelangang di mana kekalahan kita semalam disebabkan pemain-pemain KPT-Masum Knight mengalami masalah pada bola pertama dan kawalan gelanggang,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu Mohamad Razizi berkata, susulan itu barisan jurulatih pasukan telah mengingatkan barisan pemain untuk mempertingkatkan keupayaan pertahanan pasukan selain memperkasa aspek serangan dari segi servis dan juga pukulan.

Mengulas lanjut, katanya, kemenangan pasukan Melaka Titan yang juga juara divisyen satu STL bertemu Penang Black Panthers semalam yang bermain dalam liga premier telah menyuntik semangat barisan pemainnya.

“Kemenangan Melaka Titans kepada Penang Black Panthers membuktikan bahawa pasukan pasukan dari divisyen satu mampu memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan pasukan yang sedia ada di liga premier.

“Kekalahan kepada ATM Guardians semalam diakui kerana menentang sebuah pasukan terkuat di dalam liga premier akan tetapi kekalahan Negeri Sembilan Antlers kepada Johor Tigris semalam menjadi satu perkara positif bagi pasukan KPT-Masum Knights.

“Ini merupakan satu perkara yang tidak mustahil bagi kami menewaskan Negeri Sembilan Antlers pada petang ini walaupun mereka dibarisi dengan pemain-pemain yang telah digandingkan begitu lama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here