Covid-19: 1,394 kes dimasukkan ke hospital, kadar ICU kini 44 peratus

0
10
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 1,394 pesakit baharu kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, sebanyak 840 kes atau 60.3 peratus berada dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 554 kes atau 39.7 peratus lagi adalah dalam kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 228 diikuti Perak (161) dan Johor (154).

Sementara itu, sebanyak 1,345 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 886 atau 44 peratus daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di sembilan negeri melebihi penggunaan 50 peratus kapasiti adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing 67 peratus), Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (58 peratus), Sarawak (53 peratus); serta Perak dan Pulau Pinang (masing-masing 51 peratus).

Sejumlah 217 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 25 peratus daripada keseluruhan jumlah ventilator.

Sebanyak enam kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,911 kluster dikesan sehingga kini dengan 316 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.92.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here