Covid-19 : 30,246 kes dilaporkan semalam, 99 peratus adalah Kategori 1 & 2

0
1
Dr Hisham

CYBERJAYA – Sebanyak 30,246 kes baharu Covid-19 dikesan setakat semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 3,711,199.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 29,828 kes tempatan manakala 418 kes lagi adalah kes import.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 388 kes dengan 225 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 223 daripada 30,246 kes baharu Covid-19 dilaporkan melibatkan kategori tiga hingga lima.

Beliau berkata, baki 30,023 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 negara berjumlah 3,711,199.

“Sementara itu, 26,653 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,367,542,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 negara pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 223 kes Covid-19 kategori tiga hingga lima itu, 58 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 107 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 58 kes pula telah menerima dos penggalak manakala 120 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 53 kes mempunyai komorbid,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here