Covid-19 : 30,563 kes melibatkan kategori 1 dan 2

0
2
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) semalam merekodkan sebanyak 30,787 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini berjumlah 3,741,986 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 224 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya adalah kategori 1 dan 2.

“Bagi 224 kes kategori tiga, empat dan lima, 58 kes atau 25.89 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 94 kes atau 41.96 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 72 kes atau 32.14 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 122 kes atau 54.46 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 96 kes atau 42.86 peratus mempunyai komorbid; dan dua kes atau 0.89 peratus adalah ibu mengandung,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan iaitu 389 kes berbanding kelmarin, 388 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan kepada 229 kes berbanding kelmarin, 225 kes.

Sementara itu berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 608 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (7,525 kes), Kedah (2,927 kes), Kuala Lumpur (2,919 kes), Pulau Pinang (2,773 kes), Johor (2,220 kes), Negeri Sembilan (2,115 kes), Sarawak (1,963 kes) dan Kelantan (1,637 kes).

“Kes turut dilaporkan di Pahang (1,601 kes), Sabah (1,154 kes), Perak (1,469 kes), Terengganu (1,236 kes), Melaka (732 kes), Perlis (248 kes), Putrajaya (139 kes) dan Labuan (129 kes),” menurut maklumat disiarkan.

Dalam masa sama, sebanyak 70 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,567 kes serta sebanyak 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,974 kes.

Sebanyak 314,420 kes aktif dilaporkan melibatkan 302,242 kes dikuarantin di rumah, 3,039 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,750 kes di hospital, 160 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 229 kes di ICU dengan bantuan pernafasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here