Covid-19: 64 kes kematian dengan 15,215 kes baharu

0
6
Petugas Kesihatan dan petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semasa menguruskan proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 15,215 kes positif baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 4,167,418.

Daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes kematian baharu direkodkan termasuk 14 kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’.

Perak mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 20 kes, disusuli dengan Kedah (8); Selangor (7); Pulau Pinang (6); Johor (5); Negeri Sembilan (4) dan Sarawak (4) dan Kelantan (3).

Pahang, Melaka dan Sabah pula masing-masing merekodkan dua kes kematian dan satu kes di Terengganu.

Pertambahan jumlah kes itu menjadikan jumlah kumulatif nyawa terkorban sejak penularan wabak itu melanda negara berjumlah 34,906 orang.

Menurut data yang dikeluarkan COVIDNOW, sebanyak 236,023 kes positif aktif dilaporkan dengan 230,081 individu menjalani isolasi di rumah masing-masing

Sementara itu, seramai 4,843 pesakit dirawat di hospital, manakala 817 pesakit lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here