Culinaire Malaysia 2022: Cef Casa de Madani bawa pulang 2 pingat perak, 3 pingat gangsa

0
73
(Dari kiri) Nik Jasmira, Ain Nazura, Al-Izwan dan Muhammad Nazirul bersama pingat dan sijil kemenangan mereka.

CYBERJAYA – Barisan cef Casa de Madani berjaya menamatkan saingan hari pertama Culinaire Malaysia 2022 siang tadi dengan keputusan yang membanggakan apabila berjaya membawa pulang dua pingat perak, tiga pingat gangsa dan satu diploma.

Pingat perak pertama diraih oleh Al-Izwan Borhan menerusi kategori Fish/Seafood Main Course – Western Cuisine, manakala pingat kedua oleh Muhammad Nazirul Afiq Mazlan menerusi kategori Meat/Poultry Main Course – Western Cuisine.

Tiga pingat gangsa hadir menerusi Al-Izwan (Meat/Poultry Main Course – Western Cuisine), Ain Nazura Jahaya (Fish/Seafood Main Course – Western Cuisine) dan Nik Jasmira Jaludin (Meat/Poultry Main Course – Western Cuisine).

Ain Nazura turut menyumbang satu diploma daripada kategori Main/Poultry Main Course – Western Cuisine.

“Alhamdulillah kami berjaya menamatkan saingan hari ini dengan keputusan yang amat memberangsangkan.

“Terima kasih kepada anggota Kumpulan Malakat Eco kerana mendoakan kejayaan kami, dan kepada Coach Fadzil kerana percayakan kebolehan kami membawa nama Casa de Madani ke medan ini,” kata Ketua Jabatan Malakat Food Sdn. Bhd., Ahmad Rafudin, hari ini.

Coach Fadzil merupakan Presiden Kumpulan Malakat Eco yang bergiat dalam bidang pendidikan, peruncitan dan juga perkhidmatan penyediaan makanan.

Culinaire Malaysia akan melabuhkan tirainya pada hari Khamis, di mana Muhammad Nazirul dan Nik Jazmi akan sekali lagi membuat penampilan di dalam kategori masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here