Culinaire Malaysia 2022: Cef Casa De Madani tutup tirai dengan 1 perak, 1 diploma

0
23
Muhammad Nazirul Afiq (kiri) dan Nik Jasmira.

CYBERJAYA – Para cef Casa de Madani (CDM) menamatkan saingan mereka dalam Culinaire Malaysia dengan berjaya meraih satu pingat gangsa dan satu diploma pada hari terakhir pertandingan memasak berkenaan.

Pingat gangsa tersebut hadir menerusi Nik Jasmira Jamaludin manakala Muhammad Nazirul Afiq Mazlan berjaya meraih satu diploma, kedua-duanya menerusi kategori Cod Fish – Western Food.

Untuk rekod, sebanyak empat cef CDM mengambil bahagian dalam edisi pada tahun ini.

Dua lagi cef, Al Izwan Borhan dan Ain Nazura Jahaya sudahpun menamatkan saingan mereka terlebih dahulu, Selasa lepas.

Daripada lapan kategori yang disertai, kumpulan cef CDM berjaya merangkul dua pingat perak, empat pingat gangsa dan dua diploma sepanjang tiga hari penganjuran pertandingan berkenaan.

Pada hari pertama pertandingan, para cef Casa De Madani sudahpun berjaya membawa pulang dua pingat perak, tiga pingat gangsa dan satu diploma.

“Alhamdulillah di atas kejayaan mereka dan terima kasih kepada semua cef yang terlibat dalam pertandingan.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian mereka kerana telah berjaya membuktikan kemahiran mereka setanding dengan cef lain di peringkat antarabangsa,” kata Ketua Jabatan Malakat Food, Ahmad Rafiudin hari ini.

CDM merupakan sebahagian anggota Kumpulan Malakat Eko, yang turut bergiat dalam bidang pendidikan dan peruncitan.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih juga pada Kumpulan Malakat Eco kerana mendoakan kejayaan para cef kita, dan khususnya kepada Coach Fadzil yang sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha kami,” kata Rafiudin lagi.

Culinaire Malaysia merupakan satu pertandingan masakan yang dianjurkan oleh Persatuan Perhotelan Malaysia (MHA) sebagai satu pengiktirafan terhadap golongan cef.

Edisi tahun ini menyaksikan penyertaan seramai kira-kira 500 cef dari rantau Asia Tenggara termasuk negara Filipina, Singapura dan Thailand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here