Cuti bersalin dilanjut ke 98 hari, cuti paterniti 7 hari

0
64
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 60 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Tempoh lanjutkan berkenaan diumumkan selepas Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat menerusi sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara, semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan ini bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi.

“Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

“Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Tambahnya, pemberian cuti paterniti amat penting bagi menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil, selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here