Dakwaan Khairuddin wujud kerjasama PN, PH hanya kisah dongeng – Ahli Parlimen DAP

0
88
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng

CYBERJAYA – Seorang pemimpin kanan DAP menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terdapat cadangan daripada Pakatan Harapan untuk berunding kerusi bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas dan hanya sebuah kisah dongeng.

“Di sini saya ingin mengatakan bahawa dakwaan Khairuddin Aman Razali bahawa terdapat cadangan agar PH mengadakan rundingan kerusi dengan PN bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor adalah cerita dongeng semata-mata dan tidak berasas.

“Saya juga ingin mengatakan bahawa sebenarnya daripada maklumat yang saya terima, selepas PN kalah teruk di PRN Johor, kebanyakkan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri dari PN (Pas dan Bersatu) khususnya menteri-menteri dan timbalan menteri ingin menyertai UMNO demi menyelamatkan jawatan mereka dalam kerajaan dan kekal berkuasa.

“Ini kerana mereka sedar yang rakyat sudah muak dengan PN yang gila kuasa dan hanya pentingkan poket sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Khairuddin dalam laman Facebooknya mendakwa terdapat cadangan kerjasama antara PH dan PN untuk melawan BN.

Beliau mendakwa, jika PN membuat persefahaman rundingan kerusi dengan PH beberapa kerusi PN boleh menang melawan BN antaranya di DUN Bukit Pasir, Serom dan Tenggaroh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here