Demi rakyat, Najib minta kerajaan pertimbang pengeluaran i-Citra di Parlimen

0
25
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendesak supaya kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran kali terakhir wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM10,000 di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kementerian Kewangan perlu meluluskan pengeluaran tersebut buat kali terakhir kerana ketika ini rakyat sangat memerlukan wang.

“Ini adalah kali keempat saya mendesak kerajaan memenuhi permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir. Sekarang ini saya lebih optimis sebab seorang ahli dewan sebelum ini yang pernah menggelarkan usaha saya membangkitkan soal pengeluaran I-citra ini seumpama meminang Puteri Gunung Ledang, kini sudah menyokong.

“Menteri-menteri dan pemimpin PN (Perikatan Nasional) pun sudah u-turn dan menyokong. Jadi, kepada Menteri Kewangan, saya merayu supaya permintaan UMNO berhubung perkara ini dan kini disokong oleh parti lain dalam kerajaan, dipenuhi,” katanya

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu juga tidak kisah jika terdapat pihak yang mahu mengambil kredit di atas perjuangan itu.

“Siapa hendak claim kredit tak kisah lah, asalkan permintaan pengeluaran kali terakhir ini, yang sangat diharapkan oleh rakyat dapat dipenuhi kerajaan dengan segera,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here