Dua kanak-kanak maut motosikal langgar tiang elektrik

0
50
Orang ramai berada di lokasi kejadian dua kanak-kanak maut selepas terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Kepala Batas, Kubang Semang, semalam.

BUKIT MERTAJAM – Dua rakan berusia 12 dan 11 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang mereka melanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Kepala Batas, Kubang Semang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.49 petang itu, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang elektrik menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, punca kematian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkenaan terbabas sendiri sebelum melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurutnya, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke dalam semak di bahagian kiri jalan raya dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.

Keadaan kedua-dua mangsa yang ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here