Duta India ke Palestin ditemukan maut

0
75
MENDIANG MUKUL ARYA

NEW DELHI – Duta India ke Palestin, Mukul Arya, ditemukan maut di pejabatnya di Ramallah, semalam.

Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar yang terkejut dengan kejadian itu dalam akaun twitternya berkata, “Mendiang seorang pegawai yang bijak dan berbakat. Simpati saya terhadap keluarga mendiang.”

Portal AsiaPost melaporkan, punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Kementerian Luar Palestin turut memaklumkan pihaknya turut terkejut dengan kematian Arya.

“Sejurus berita mengejutkan itu diterima, Presdien Mahmoud Abbas telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan termasuk Kementerian Kesihatan dan Forensik Perubatan supaya memantau situasi itu dan membantu India,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Arya menyertai Perkhidmatan Luar India pada 2008, sebelum ini berkhidmat di Perwakilan Tetap India ke UNESCO di Paris serta di kedutaan di Kabul dan Moscow.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here