Elak dirampas penguatkuasa, buah jeruk disorok dalam longkang dan kawasan kumbahan

0
59
Polis trafik melihat tong menyimpan jeruk yang disorok dalam longkang oleh penjaja haram. Foto Facebook Polis Johor

JOHOR BAHRU – Jijik dan mengotorkan. Tindakan penjaja jalanan menyimpan dan menyorok buah jeruk di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi menggelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa terbongkar dalam satu serbuan dilakukan oleh pihak polis di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Dalam Operasi Khas Penjaja Jalanan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Johor itu turut mendapati warga asing diupah untuk melakukan aktiviti itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (KJSPT), Supt. Kumarasan Muniandy, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu boleh menyebabkan keracunan makan.

“Hasil operasi yang dijalakan mendapati makanan yang dijaja iaitu buah jeruk disimpan dan disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi menggelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa.

“Ini merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab dan mengambil remeh tentang isu kebersihan makanan dan risiko penyakit bahaya disebarkan pencemaran.

Polis trafik melihat tong menyimpan jeruk yang disorok dalam longkang oleh penjaja haram

“Sikap individu yang mencari jalan mudah dengan meraih simpati pengguna jalan raya dengan mengajikan pekerja asing bagi menjaja buah jeruk berkenaan tanpa mengira risiko dan bahaya kepada penjaja dan pengguna jalan raya yang lain khususnya kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aktiviti menjaja di jalan awam merupakan kesalahan yang jelas yang mana melanggar peraturan dan undang-undang.

Katanya, mana-mana individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 10A (1) & Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

“Di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan juga jelas ianya melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun dan sita semua barang-barang yang dijaja.

“Penjaja diingatkan supaya aktiviti menjaja di jalan awam ini perlu dihentikan bagi memastikan tidak berlakunya pekara-pekara yang tidak diingini khususnya kemalangan maut dan secara tidak langsung menggangu kelancaran aliran trafik di lampu isyarat.

“Selain itu, persepsi dan rasa simpati terhadap golongan ini perlu difikirkan kerana secara jelas ada pihak lain yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan mengajikan warga asing dan jelas mengabaikan aspek kebersihan terhadap makanan bagi mengaut keuntungan dengan mudah dan cepat,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here