Fasa endemik: Kelab malam satu-satunya premis yang tak dibenarkan beroperasi – tegas Khairy

0
41
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Meskipun negara melangkah ke fasa peralihan endemik bermula 1 April ini, semua premis kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

“Bermula 1 April ini satu jenis premis sahaja yang akan berada dalam negatif based yang tak boleh dibuka iaitu kelab malam sebab nature kelab malam itu,” katanya ketika menjawab satu soalan pemberita sama ada kelab malam dibenarkan beroperasi atau tidak dalam fasa endemik.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman penting dan besar iaitu negara akan memasuki Fasa ā€˜Peralihan ke Endemik’ berkuatkuasa 1 April ini dan ia sekali gus bakal menjadi permulaan baharu buat negara.

Dalam pada itu, Khairy menggesa supaya semua pihak terutama golongan berisiko tinggi dan warga emas mengambil dos penggalak secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here