Hadi Awang dijangkiti Covid-19, anak mohon doa

0
27
Tan Sri Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan dijangkiti penyakit Covid-19.

Berita itu disampaikan oleh anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu hantaran menerusi laman Facebook.

“Mohon doa kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera.

“Beliau telah disahkan positif Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, buat masa kini, Ahli Parlimen Marang itu sedang menjalani kuarantin di rumah dan berada dalam keadaan baik.

Pada masa sama, beliau juga memohon doa semua untuk bersama-sama mendoakan kesihatan Duta Khas ke Timur Tengah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here