Hakim tukar bahagian, permohonan MAIPs mencelah kes 3 anak mualaf ditetapkan pada 17 Mac ini

0
37
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Permohonan mendapatkan kebenaran mencelah yang difailkan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dalam kes anak-anak mualaf di hadapan hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad ditukar ke satu tarikh baharu.

Menurut peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili MAIPs, ia susulan hakim berkenaan telah dijadual bertukar ke bahagian lain.

“Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menyebut permohonan mendapatkan kebenaran mencelah yang difailkan oleh MAIPs dalam kes anak-anak mualaf di hadapan Datuk Nik Hasmat.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes yang baharu iaitu disebabkan hakim berkenaan telahpun dijadual bertukar ke bahagian lain bermula 15 Mac ini.

“Kes akan ditetapkan di hadapan hakim baru iaitu Evrol Marriete Peters pada 17 Mac ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Pada 21 Februari lalu, tiga beradik yang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan serta merta kepada ibunya, Loh Siew Hong selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.

Dalam notis usul yang difailkan melalui Tetuan SS Thind pada 13 Februari lalu, Siew Hong menamakan Nazirah Nanthakumari Abdullah sebagai responden pertama dan pihak tidak dinamakan yang beliau dakwa menjaga tiga anaknya sebagai responden kedua.

Siew Hong memohon writ habeas corpus atau perintah lain yang sesuai oleh mahkamah untuk membolehkan anak-anaknya itu dibebaskan serta-merta daripada hak penjagaan persendirian responden dan dikembalikan kepadanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here