Hanya 50 peratus keluar mengundi dua jam sebelum tamat tempoh

0
36
Gambar hiasan Malakat Tribune .

JOHOR BAHRU – Dalam tempoh berbaki dua jam sebelum pusat undi ditutup pada pukul 6 petang ini, hanya 50 peratus peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jumlah itu masih jauh daripada peratusan yang disasarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu 70 peratus.

PRN Johor yang berlangsung di 1,021 pusat mengundi dengan 4,638 saluran kali ini melibatkan pengundi berdaftar seramai 2,539,606 orang.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah dipercayai kerana ramai yang bimbang dengan penularan Covid-19.

Hasni yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut berkata, kebimbangan itu menyebabkan pengundi tidak ghairah keluar mengundi pada PRN Johor hari ini.

“Saya dapati ramai pengundi daripada golongan dewasa bimbang mengenai jumlah kes Covid-19 yang tinggi menyebabkan mereka tidak begitu ghairah keluar mengundi.

“Situasi ini melibatkan semua kaum,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjangkakan peratusan keluar mengundi akan meningkat sehingga 70 peratus sebaik sahaja tempoh mengundi tamat pada 6 petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here